Pada 2 Disember 2018 telah berlansungnya majlis pelancaran produk inovasi makanan/minuman hasil penyelidikan MARDI termasuk produk Piperia sendiri. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan jayanya dan penuh hormat.
Seperti sudah sedia maklum, produk piperia ini telah memenangi Gold Award di Hari Inovasi MARDI 2016 dan juga Anugerah Projek Penyelidikan Bidaan Luar Bandar di Hari Inovasi MARDI 2018 yang lepas membuktikan bahawa produk ini mampu bertanding setara dengan produk lain yang berada di pasaran.
Oleh itu, terima kasih kepada pihak MARDI yang telah memberi sokongan kepada Piperia dan kami di pihak pengurusan akan meneruskan usaha bagi memcapai misi untuk memasarkan produk ini ke luar negara.
Comments